UNIT 1- SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP
A. HABITAT, SPESIES, KOMUNITI DAN EKOSISTEM
1)
Habitat ialah persekitaran atau tempat tinggal sesuatu organisma hidup.
Contoh: Hutan, paya dan sebagainya
2) Spesies merujuk
kepada jenis organisma. Organisma yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dan
berupaya membiak sesama sendiri untuk menghasilkan anak yang juga berupaya
untuk membiak seterusnya.
Contoh: Belalang, Mentadak dan sebagainya
3)Populasi pula
merujuk kepada sekumpulan organisma daripada spesies yang sama yang hidup dalam
habitat yang sama pada suatu masa tertentu
Contoh: Satu populasi buaya, Satu populasi harimau
4) Komuniti adalah
semua populasi yang hidup bersama-sama di suatu habitat serta saling
berinteraksi antara satu dengan yang lain.
Contoh: Komuniti di kolam, Komuniti di paya
5)Ekosistem pula
merujuk kepada komuniti yang hidup dalam suatu persekitaran, termasuk segala
komponen bukan hidup yang wujud dalam persekitaran itu. Biasanya, suatu
ekosistem terdiri daripada beberapa komuniti
Contoh: Ekosistem di sungai, Ekosistem di
kolam
b. keseimbangan ekosistem
1. Organisma dalam
suatu ekosistem saling bersandaran antara satu dengan yang lain dalam pelbagai
aspek untuk kemandirian.
2. Haiwan juga saling bersandaran dengan komponen-komponen
yang bukan hidup seperti air, cahaya dan bentuk muka bumi.
3. Saling bersandaran yang wujud secara semula jadi ini
menghasilkan ekosistem yang seimbang iaitu ekosistem yang mempunyai
komponen-komponen yang stabil dan tidak beanyak berubah dengan masa.
UNIT 2- INTERAKSI ANTARA ORGANISMA HIDUP
a.
jenis
interaksi
antara
organisma
Organisma berinteraksi antara satu sama
lain dalam pelbagai cara dan bagi pelbagai tujuan. Terdapat banyak interaksi
atau hubungan antara organisma hidup, antaranya adalah mangsa-pemangsa,
persaingan dan simbiosis yang terbahagi kepada 3 iaitu mutualisme, komensalisme
dan parasitisme.
1) Mangsa-Pemangsa
Ini adalah hubungan antara organisma yang memakan organisma lain dan juga organisma yang dimakan.
·
Pemangsa-
organisma yang memburu organism lain sebagai makanan.
·
Mangsa-organisma
yang dimakan oleh pemangsa.
Contoh hubungan ini adalah hubungan antara ular dan
burung. Ular sebagai pemangsa dan burung sebagai mangsa.
2) Persaingan
·
Hubungan
antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama
(makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku
dalam spesies yang sama. Juga dikenali sebagai persaingan intraspesies.
Contohnya, hubungan antara orang utan yang bersaing sesama spesies mereka sendiri dalam mendapatkan makanan.
Contohnya, hubungan antara orang utan yang bersaing sesama spesies mereka sendiri dalam mendapatkan makanan.
·
Hubungan
antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama
(makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku
dalam spesies yang berlainan. Juga dikenali sebagai persaingan interspesies.
Contoh
hubungan ini adalah hubungan interaksi antara dubuk dan juga harimau ketika
berebutkan makanan yang sama.
3) Simbiosis
Hubungan antara dua spesies yang berlainan yang hidup bersama. Ada yang mendapat faedah, dan ada yang mendapat kerugian.
A) Komensalisme
Komensalisme
ialah interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat
faedah daripada organisma lain tanpa menjejaskannya.
Sebagai contohnya, ikan remora yang menumpang
pada badan ikan yu. Ikan remora akan memperolehi perlindungan dan makanan,
manakala ikan yu tidak mendapat apa-apa (faedah / kerugian)
B) Mutualisme
Mutualisme adalah interaksi antara dua organisma dengan kedua-duanya mendapat faedah.
Mutualisme adalah interaksi antara dua organisma dengan kedua-duanya mendapat faedah.
Sebagai contohnya, hubungan antara kerbau dan
burung gembala kerbau. Burung gembala kerbau dapat makanan dengan makan kutu
yang ada pada badan kerbau. Manakala kerbau pula mendapat manfaat kerana tiada
kutu yang menghisap darahnya.
C) Parasitisme
Parasitisme ialah hubungan interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah, manakala yang satu lagi mendapat kerugian.
Contohnya adalah cacing pita yang ada dalam badan manusia. Cacing pita ini akan memperoleh faedah kerana mendapat makanan percuma daripada manusia, tetapi manusia pula mendapat kerugian kerana zat makanan habis diserap oleh cacing tersebut.
b. kawalan biologi
Kawalan biologi adalah kaedah bagi mengawal populasi haiwan perosak dengan menggunakan organisma hidup yang merupakan musuh semula jadi perosak .
Contoh:-
Kawalan biologi adalah kaedah bagi mengawal populasi haiwan perosak dengan menggunakan organisma hidup yang merupakan musuh semula jadi perosak .
Contoh:-
·
Burung
hantu dan ular digunakan untuk memburu dan memakan tikus di ladang kelapa
sawit.
·
Kumbang
Ladybird memakan afit(perosak tumbuhan)
·
Ikan
guppy dipelihara dalam kolam untuk memakan jentik-jentik
Kebaikan Kawalan Biologi
a) Murah dan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi
b) Selamat digunakan tiada kesan sampingan dan tidak mencemarkan alam sekitar
d) Tidak mendatangkan kesan buruk kepada organisma lain kecuali perosak
a) Murah dan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi
b) Selamat digunakan tiada kesan sampingan dan tidak mencemarkan alam sekitar
d) Tidak mendatangkan kesan buruk kepada organisma lain kecuali perosak
Keburukan Kawalan Biologi
a) Memerlukan masa yang lebih lama
b) Sukar dikawal kerana melibatkan organisma hidup
c) Perlu perancangan dan pengurusan yang lebih teliti siratan makanan
UNIT 3- SIRATAN MAKANAN
a. pengeluar, pengguna dan pengurai
1. Pengeluar ialah organisma
hidup yang membuat makanan sendiri. Tumbuhan hijau digolongkan sebagai
pengeluar kerana berupaya membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.
Contoh:
Tumbuh-tumbuhan, rumput dan sebagainya.
2. Pengguna ialah organisma hidup yang memakan organisma lain. Pengguna terbahagi kepada 3, iaitu:-
·
Pengguna Primer ialah pengguna
yang memakan tumbuhan sahaja.
·
Pengguna
Sekunder
ialah pengguna yang memakan pengguna primer.
·
Pengguna Tertier ialah pengguna
yang memakan pengguna sekunder.
3. Pengurai ialah organisma
yang menguraikan bangkai haiwan dan tumbuhan yang mati kepada bahan-bahan yang
ringkas yang boleh diguna semula oleh tumbuhan hijau.
b. Siratan Makanan
·
Rantai makanan
digunakan untuk menunjukkan hubungan pemakanan antara organisma.
Helang
(pengguna tertier)
|
Ular (pengguna sekunder)
|
Tikus
(pengguna primer)
|
Rumput (pengeluar)
|
·
Siratan
makanan terbentuk
daripada beberapa rantai makanan.
c. Piramid Nombor
Piramid Nombor ialah rajah yang menunjukkan bilangan organisma pada setiap peringkat rantai makanan.
·
Bahagian
paling bawah adalah pengeluar. Keluasan tapak di bahagian bawah menunjukkan
bilangan yang paling banyak. Diikuti dengan yang kedua dan ketiga.
·
Manakala
bahagian paling atas adalah bahagian yang paling kecil. Ini menunjukkan
bilangan pengguna tertier adalah sedikit jika dibandingkan dengan yang lain.
·
Jika
diperhatikan juga, saiz badan haiwan juga semakin meningkat daripada pengeluar
ke pengguna tertier.
d. Aliran Tenaga Dalam Siratan Makanan
·
Dalam
siratan makanan, cahaya matahari merupakan sumber tenaga yang utama. Cahaya
matahari ditukar kepada tenaga kimia melalui proses fotosintesis.
·
Tenaga
kimia ini berpindah apabila, pengguna primer memakan pengeluar. Tetapi tidak
semua tenaga kimia dipindahkan. Ini kerana proses kehilangan tenaga boleh
berlaku dalam bentuk respirasi, pembiakan, pertumbuhan, pergerakan dan
perkumuhan.
·
Ini
juga bermakna, semakin tinggi kedudukan sesuatu organisma dalam siratan
makanan, maka semakin kuranglah tenaga yang dipindahkan daripada pengguna
sebelumnya.
UNIT 4- FOTOSINTESIS
a. apakah fotosintesis ???
·
Frasa
‘foto’ bermaksud cahaya, manakala ‘sintesis’ bermaksud menggabungkan.
·
Fotosintesis
merupakan proses membuat makanan oleh tumbuhan hijau dengan menggunakan cahaya
matahari. Fotosintesis juga memerlukan karbon dioksida dan air.
·
Hasil
proses fotosintesis ialah glukosa dan oksigen. Glukosa berlebihan disimpan
dalam bentuk kanji di pelbagai bahagian tumbuhan.
Faktor-faktor yang diperlukan untuk fotosintesis :-
i) cahaya matahari
ii)klorofil
iii)air
iv)karbon dioksida
b. apakah
kepentingan fotosintesis ?
Semua organisma hidup mendapat
tenaga daripada makanan yang berasal secara langsung atau tidak langsung
daripada cahaya matahari yang diserap melalui proses fotosintesis.
1) Fotosintesis
penting dalam:-
·
Menetapkan kuantiti gas oksigen dan
karbon dioksida dalam atmosfera.
·
Keadaan ini dapat mewujudkan ekosistem
yang seimbang melalui dua kitar penting, iaitu kitar oksigen dan kitar karbon.
·
Fotosintesis membekalkan makanan kepada
semua organisma.
2) Dua kitar
seimbang :-
Iaitu, kitar oksigen dan kitar
karbon
A)Kitar oksigen ialah pengitaran
oksigen yang berterusan dalam ekosistem. Fotosintesis merupakan proses yang
mengembalikan oksigen ke atmosfera.
Fotosintesis
|
gas karbon dioksida
dalam atmosfera
|
Gas oksigen dalam atmosfera
|
respirasi
|
pembakaran
|
pengaratan
|
B) Kitar karbon ialah pengitaran karbon yang berterusan dalam ekosistem. Fotosintesis amat penting dalam kitar ini. Tumbuhan melakukan fotosintesis dengan menggunakan gas karbon dioksida dalam atmosfera untuk menghasilkan makanan. Tanpa fotosintesis, kitar karbon akan terhenti.
Organisma yg mati
|
Bahan api fosil
|
tumbuhan
|
Haiwan
|
pembakaran
|
fotosintesis
|
respirasi
|
pereputan
|
gas karbon dioksida
dalam atmosfera
|
UNIT 5- PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN
a. apakah itu
pemuliharaan dan pemeliharaan
1.
Pemuliharaan
ialah
memulih serta memelihara, dan melindungi organisma hidup supaya tidak mengalami
kepupusan.
2.
Pemeliharaan
ialah mengekalkan
organisma hidup dalam keadaan asal atau semula jadi.
Contoh
flora dan fauna yang diancam kepupusan:-
·
Gajah
Asia
·
Tapir
·
Badak
sumatera
·
Raflesia
·
Periuk
kera
b. langkah langkah
untuk memulihara dan
memelihara organisma hidup
·
Memulihkan
spesies yang diancam kepupusan
Contoh
: 1)mewujudkan pusat penetasan telur
2)mewujudkan pusat perlindungan
haiwan seperti Pusat
Pemulihan Orang Utan Sepilok.
·
Mewartakan
kawasan perlindungan
Contoh
: 1)aktiviti pembalakan, pemburuan diharamkan di kawasan itu.
2)taman negara, hutan simpan dan
hutan rekreasi
·
Program
pembangunan insan
Contoh
: 1)mengadakan pelbagai kempen kesedaran seperti kempen kitar semula.
2)mengutarakan isu-isu alam
sekitar melalui media massa.
·
Mengurus sumber
alam
Contoh
: 1)penanaman semula anak pokok untuk menggantikan pokok balak yang ditebang.
2)memastikan hasil hutan yang
dibawa keluar tidak melebihi had tertentu.
·
Mengawal pencemaran
Contoh
: 1)menawal pencemaran sungai
2)melupus bahan buangan dengan
cara yang betul.
·
Menjalani
pembangunan lestari
Contoh
: 1) mengkaji sesuatu projek pembangunan secara mendalam dari pelbagai segi
sebelum
dijalankan
·
Menguatkuasakan
undang-undang
Contoh
: 1)Akta Hidupan Liar 1972 melindungi spesies terancam seperti harimau
2)Akta Perhutanan Negara 1984
3)Akta Perikanan 1985
c. kepentingan
memulihara dan memelihara
organisma hidup
·
Tumbuhan
dan haiwan penting dalam kitar karbon dan kitar oksigen untuk mewujudkan
ekosistem yang seimbang.
·
Hutan
penting sebagai kawasan tadahan hujan dan penuras semula jadi yang membekalkan
air yang bersih.
·
Tumbuhan
di kawasan paya bakau mencegah hakisan pantai dan melindungi kawasan pantai
daripada rebut dan tsunami.
·
Hutan
membantu mengawal suhu udara kerana tumbuhan memberikan teduhan daripada cahay
matahari yang terik.
·
Hutan,
laut dan pantai penting kepada ekonomi negara.
·
Pelbagai
tumbuhan dan haiwan merupakan sumber makanan, bahan binaan dan ubat-ubatan.
UNIT 6- MANUSIA DAN KESEIMBANGAN SEMULA JADI
A. KESAN AKTIVITI MANUSIA
terhadap
keseimbangan alam semula jadi
·
Kesan penebangan
hutan
=kepupusan
spesies, kesan rumah hijau, banjir kilat akibat hakisan tanah,
pengurangan kawasan tadahan hujan.
·
Kesan
perindustrian
=pencemaran
udara, air dan tanah, hujan asid, penipisan lapisan ozon
bumi, kesan rumah hijau.
·
Kesan pengurusan
sisa pepejal yang tidak sistematik
=pencemaran air
dan tanah, banjir kilat, bau busuk daripada pereputan
sisa pepejal organik
·
Kesan penggunaan
tanah yang tidak terkawal dalam perladangan
=pencemaran air
akibat penggunaan baja dan racun perosak berlebihan, perladangan tidak lestari
mengakibatkan kehilangan mineral dalam tanah.
b.
ekosistem yang stabil, produktif dan
seimbang
Cara untuk mengatasi masalah di atas
|
Memelihara dan
memulihara habitat hidupan liar
|
Mendidik dan
meningkatkan kesedaran masyarakat tentang alam sekitar
|
Menjalankan
guna tanah secara lestari
|
Menguatkuasakan
undang-undang untuk mengawal pencemaran dan kepupusan spesies
|
Mengurangkan,
mengguna semula dan mengitar semula bahan buangan
|