Monday, 31 August 2015

BAB4-Saling bersandaran antara organisma hidup dengan persekitaran


UNIT 1- SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP 
 A. HABITAT, SPESIES, KOMUNITI DAN EKOSISTEM
1) Habitat ialah persekitaran atau tempat tinggal sesuatu organisma hidup.
Contoh: Hutan, paya dan sebagainya

2) Spesies merujuk kepada jenis organisma. Organisma yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dan berupaya membiak sesama sendiri untuk menghasilkan anak yang juga berupaya untuk membiak seterusnya.
Contoh: Belalang, Mentadak dan sebagainya

3)Populasi pula merujuk kepada sekumpulan organisma daripada spesies yang sama yang hidup dalam habitat yang sama pada suatu masa tertentu
Contoh: Satu populasi buaya, Satu populasi harimau

4) Komuniti adalah semua populasi yang hidup bersama-sama di suatu habitat serta saling berinteraksi antara satu dengan yang lain.
Contoh: Komuniti di kolam, Komuniti di paya

5)Ekosistem pula merujuk kepada komuniti yang hidup dalam suatu persekitaran, termasuk segala komponen bukan hidup yang wujud dalam persekitaran itu. Biasanya, suatu ekosistem terdiri daripada beberapa komuniti
Contoh: Ekosistem di sungai, Ekosistem di kolam


b. keseimbangan ekosistem
1.      Organisma dalam suatu ekosistem saling bersandaran antara satu dengan yang lain dalam pelbagai aspek untuk kemandirian.
2.     Haiwan juga saling bersandaran dengan komponen-komponen yang bukan hidup seperti air, cahaya dan bentuk muka bumi.
3.     Saling bersandaran yang wujud secara semula jadi ini menghasilkan ekosistem yang seimbang iaitu ekosistem yang mempunyai komponen-komponen yang stabil dan tidak beanyak berubah dengan masa.


UNIT 2- INTERAKSI ANTARA ORGANISMA HIDUP
 a. jenis interaksi antara organisma
Organisma berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai cara dan bagi pelbagai tujuan. Terdapat banyak interaksi atau hubungan antara organisma hidup, antaranya adalah mangsa-pemangsa, persaingan dan simbiosis yang terbahagi kepada 3 iaitu mutualisme, komensalisme dan parasitisme.

1) Mangsa-Pemangsa
Ini adalah hubungan antara organisma yang memakan organisma lain dan juga organisma yang dimakan.
·        Pemangsa- organisma yang memburu organism lain sebagai makanan.
·        Mangsa-organisma yang dimakan oleh pemangsa.
Contoh hubungan ini adalah hubungan antara ular dan burung. Ular sebagai pemangsa dan burung sebagai mangsa.
2) Persaingan
·        Hubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalam spesies yang sama. Juga dikenali sebagai persaingan intraspesies.
Contohnya, hubungan antara orang utan yang bersaing sesama spesies mereka sendiri dalam mendapatkan makanan.



·        Hubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalam spesies yang berlainan. Juga dikenali sebagai persaingan interspesies.
 Contoh hubungan ini adalah hubungan interaksi antara dubuk dan juga harimau ketika berebutkan makanan yang sama.


3) Simbiosis
Hubungan antara dua spesies yang berlainan yang hidup bersama. Ada yang mendapat faedah, dan ada yang mendapat kerugian.

A) Komensalisme
Komensalisme ialah interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah daripada organisma lain tanpa menjejaskannya.
 Sebagai contohnya, ikan remora yang menumpang pada badan ikan yu. Ikan remora akan memperolehi perlindungan dan makanan, manakala ikan yu tidak mendapat apa-apa (faedah / kerugian)






B) Mutualisme
Mutualisme adalah interaksi antara dua organisma dengan kedua-duanya mendapat faedah.
 Sebagai contohnya, hubungan antara kerbau dan burung gembala kerbau. Burung gembala kerbau dapat makanan dengan makan kutu yang ada pada badan kerbau. Manakala kerbau pula mendapat manfaat kerana tiada kutu yang menghisap darahnya. 

C) Parasitisme
Parasitisme ialah hubungan interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah, manakala yang satu lagi mendapat kerugian.
 
Contohnya adalah cacing pita yang ada dalam badan manusia. Cacing pita ini akan memperoleh faedah kerana mendapat makanan percuma daripada manusia, tetapi manusia pula mendapat kerugian kerana zat makanan habis diserap oleh cacing tersebut.


b. kawalan biologi
Kawalan biologi adalah kaedah bagi mengawal populasi haiwan perosak dengan menggunakan organisma hidup yang merupakan musuh semula jadi perosak .
Contoh:-
·        Burung hantu dan ular digunakan untuk memburu dan memakan tikus di ladang kelapa sawit.



·        Kumbang Ladybird memakan afit(perosak tumbuhan)
·        Ikan guppy dipelihara dalam kolam untuk memakan jentik-jentik

 Kebaikan Kawalan Biologi
a) Murah dan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi
b) Selamat digunakan tiada kesan sampingan dan tidak mencemarkan alam sekitar
d) Tidak mendatangkan kesan buruk kepada organisma lain kecuali perosak

Keburukan Kawalan Biologi
a) Memerlukan masa yang lebih lama
b) Sukar dikawal kerana melibatkan organisma hidup
c) Perlu perancangan dan pengurusan yang lebih teliti siratan makanan



UNIT 3- SIRATAN MAKANAN
a. pengeluar, pengguna dan pengurai
1. Pengeluar ialah organisma hidup yang membuat makanan sendiri. Tumbuhan hijau digolongkan sebagai pengeluar kerana berupaya membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.
Contoh: Tumbuh-tumbuhan, rumput dan sebagainya.


2. Pengguna ialah organisma hidup yang memakan organisma lain. Pengguna terbahagi kepada 3, iaitu:-
·        Pengguna Primer ialah pengguna yang memakan tumbuhan sahaja.
·        Pengguna Sekunder ialah pengguna yang memakan pengguna primer.
·        Pengguna Tertier ialah pengguna yang memakan pengguna sekunder.

3. Pengurai ialah organisma yang menguraikan bangkai haiwan dan tumbuhan yang mati kepada bahan-bahan yang ringkas yang boleh diguna semula oleh tumbuhan hijau.
b. Siratan Makanan
·        Rantai makanan digunakan untuk menunjukkan hubungan pemakanan antara organisma.
Helang (pengguna tertier)
Ular (pengguna sekunder)
Tikus (pengguna primer)
Rumput  (pengeluar)



·        Siratan makanan terbentuk daripada beberapa rantai makanan.


c. Piramid Nombor
Piramid Nombor ialah rajah yang menunjukkan bilangan organisma pada setiap peringkat rantai makanan.
·        Bahagian paling bawah adalah pengeluar. Keluasan tapak di bahagian bawah menunjukkan bilangan yang paling banyak. Diikuti dengan yang kedua dan ketiga.
·        Manakala bahagian paling atas adalah bahagian yang paling kecil. Ini menunjukkan bilangan pengguna tertier adalah sedikit jika dibandingkan dengan yang lain.
·        Jika diperhatikan juga, saiz badan haiwan juga semakin meningkat daripada pengeluar ke pengguna tertier.
d. Aliran Tenaga Dalam Siratan Makanan
·        Dalam siratan makanan, cahaya matahari merupakan sumber tenaga yang utama. Cahaya matahari ditukar kepada tenaga kimia melalui proses fotosintesis.


·        Tenaga kimia ini berpindah apabila, pengguna primer memakan pengeluar. Tetapi tidak semua tenaga kimia dipindahkan. Ini kerana proses kehilangan tenaga boleh berlaku dalam bentuk respirasi, pembiakan, pertumbuhan, pergerakan dan perkumuhan.
·        Ini juga bermakna, semakin tinggi kedudukan sesuatu organisma dalam siratan makanan, maka semakin kuranglah tenaga yang dipindahkan daripada pengguna sebelumnya.





 UNIT 4- FOTOSINTESIS
a. apakah fotosintesis ???
·        Frasa ‘foto’ bermaksud cahaya, manakala ‘sintesis’ bermaksud menggabungkan.
·        Fotosintesis merupakan proses membuat makanan oleh tumbuhan hijau dengan menggunakan cahaya matahari. Fotosintesis juga memerlukan karbon dioksida dan air.
·        Hasil proses fotosintesis ialah glukosa dan oksigen. Glukosa berlebihan disimpan dalam bentuk kanji di pelbagai bahagian tumbuhan.
Faktor-faktor yang diperlukan untuk fotosintesis :-
i) cahaya matahari
ii)klorofil
iii)air
iv)karbon dioksida

b. apakah kepentingan fotosintesis ?
Semua organisma hidup mendapat tenaga daripada makanan yang berasal secara langsung atau tidak langsung daripada cahaya matahari yang diserap melalui proses fotosintesis.

1) Fotosintesis penting dalam:-
·        Menetapkan kuantiti gas oksigen dan karbon dioksida dalam atmosfera.
·        Keadaan ini dapat mewujudkan ekosistem yang seimbang melalui dua kitar penting, iaitu kitar oksigen dan kitar karbon.
·        Fotosintesis membekalkan makanan kepada semua organisma.

2) Dua kitar seimbang :-
Iaitu, kitar oksigen dan kitar karbon

A)Kitar oksigen ialah pengitaran oksigen yang berterusan dalam ekosistem. Fotosintesis merupakan proses yang mengembalikan oksigen ke atmosfera.
Fotosintesis
gas karbon dioksida dalam atmosfera
Gas oksigen dalam atmosfera
respirasi
pembakaran
pengaratan

B) Kitar karbon ialah pengitaran karbon yang berterusan dalam ekosistem. Fotosintesis amat penting dalam kitar ini. Tumbuhan melakukan fotosintesis dengan menggunakan gas karbon dioksida dalam atmosfera untuk menghasilkan makanan. Tanpa fotosintesis, kitar karbon akan terhenti.
Organisma yg mati
Bahan api fosil
tumbuhan
Haiwan
pembakaran
fotosintesis
respirasi
pereputan
gas karbon dioksida dalam atmosfera




 UNIT 5- PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN
a. apakah itu pemuliharaan dan pemeliharaan
1.     Pemuliharaan ialah memulih serta memelihara, dan melindungi organisma hidup supaya tidak mengalami kepupusan.
2.     Pemeliharaan ialah mengekalkan organisma hidup dalam keadaan asal atau semula jadi.

Contoh flora dan fauna yang diancam kepupusan:-
·        Gajah Asia
·        Tapir
·        Badak sumatera
·        Raflesia
·        Periuk kera

b. langkah langkah untuk memulihara dan   
    memelihara organisma hidup
·        Memulihkan spesies yang diancam kepupusan
Contoh : 1)mewujudkan pusat penetasan telur
               2)mewujudkan pusat perlindungan haiwan seperti Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok.

·        Mewartakan kawasan perlindungan
Contoh : 1)aktiviti pembalakan, pemburuan diharamkan di kawasan itu.
               2)taman negara, hutan simpan dan hutan rekreasi

·        Program pembangunan insan
Contoh : 1)mengadakan pelbagai kempen kesedaran seperti kempen kitar semula.
               2)mengutarakan isu-isu alam sekitar melalui media massa.

·        Mengurus sumber alam
Contoh : 1)penanaman semula anak pokok untuk menggantikan pokok balak yang ditebang.
               2)memastikan hasil hutan yang dibawa keluar tidak melebihi had tertentu.

·        Mengawal pencemaran
Contoh : 1)menawal pencemaran sungai
               2)melupus bahan buangan dengan cara yang betul.

·        Menjalani pembangunan lestari
Contoh : 1) mengkaji sesuatu projek pembangunan secara mendalam dari pelbagai segi sebelum
                   dijalankan



·        Menguatkuasakan undang-undang
Contoh : 1)Akta Hidupan Liar 1972 melindungi spesies terancam seperti harimau
               2)Akta Perhutanan Negara 1984
               3)Akta Perikanan 1985

c. kepentingan memulihara dan memelihara    
    organisma hidup


·        Tumbuhan dan haiwan penting dalam kitar karbon dan kitar oksigen untuk mewujudkan ekosistem yang seimbang.
·        Hutan penting sebagai kawasan tadahan hujan dan penuras semula jadi yang membekalkan air yang bersih.
·        Tumbuhan di kawasan paya bakau mencegah hakisan pantai dan melindungi kawasan pantai daripada rebut dan tsunami.
·        Hutan membantu mengawal suhu udara kerana tumbuhan memberikan teduhan daripada cahay matahari yang terik.
·        Hutan, laut dan pantai penting kepada ekonomi negara.
·        Pelbagai tumbuhan dan haiwan merupakan sumber makanan, bahan binaan dan ubat-ubatan.



UNIT 6- MANUSIA DAN KESEIMBANGAN SEMULA JADI

A. KESAN AKTIVITI MANUSIA terhadap
     keseimbangan alam semula jadi

·        Kesan penebangan hutan
=kepupusan spesies, kesan rumah hijau, banjir kilat akibat hakisan tanah,    
   pengurangan kawasan tadahan hujan.

·        Kesan perindustrian
=pencemaran udara, air dan tanah, hujan asid, penipisan lapisan ozon  
   bumi, kesan rumah hijau.

·        Kesan pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik
=pencemaran air dan tanah, banjir kilat, bau busuk daripada pereputan   
   sisa pepejal organik




·        Kesan penggunaan tanah yang tidak terkawal dalam perladangan
=pencemaran air akibat penggunaan baja dan racun perosak berlebihan, perladangan tidak lestari mengakibatkan kehilangan mineral dalam tanah.


b. ekosistem yang stabil, produktif dan
    seimbang
Cara untuk mengatasi masalah di atas
Memelihara dan memulihara habitat hidupan liar
Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang alam sekitar
Menjalankan guna tanah secara lestari
Menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pencemaran dan kepupusan spesies
Mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula bahan buangan



9 comments: